inicjalization...banner generator

Jumaat, 29 Julai 2011

Sambutan Ramadhan 2011

24hb July 2011-Allhamdulillah sekali lagi pada tahun ini adalah tahun ke 2 Persatuan Penduduk Ruby mengadakan sambutan ramadhan yang bakal tiba hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi,semoga ramadhan tahun ini memberi keberkatan seluruh penduduk Ruby dan semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T di bulan yang mulia ini.Seperti biasa majlis sambutan ramadhan di mulakan jam 11 pagi sebagai permulaan persediaan acara memasak secara gotong-royong oleh penduduk ruby sehingga jam 7 ptg.Pada malam harinya bermulalah malam kemuncaknya majlis tersebut pada jam 9 malam,dimulakan dengan bacaan tahlil dan disusuli doa selamat yang diketuai oleh imam surau Al-Hidayah BANDAR SAUJANA PUTRA.Mudah-mudahan sambutan kali ini di iringi bacaan tahlil dan doa selamat segala amalan yang kita lakukan dibulan ramadhan akan belipat gandakan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T insyaallah..

Sabtu, 4 Disember 2010

Kerja menaik taraf


Setelah bermain sukan sepak takraw berlantaikan rumput kini pihak Persatuan mengambil langkah menaikkan taraf gelanggang sepak takraw dan juga gelanggang batminton.Kerja-kerja ini dilakukan oleh golongan penduduk taman perumahan ruby sendiri secara beramai-ramai.Akhirnya segala perancangan yang dirancangkan telah berjaya disiapkan dan kini gelanggang sepak takraw dan juga batminton dibuka kembali kepada golongan penduduk ruby.Kepada golongan penduduk Bandar Saujana Putra juga kami alu-alukan kedatangan anda,kepada yang berminat acara sukan ini bolehlah datang ke tempat kami untuk sama-sama kita memeriahkan lagi acara sukan disukai ramai ini,mudah-mudahan dengan adanya acara sukan sebegini selain kita beriadah mengenal antara kita dapat juga kita memanaskan badan untuk kesihatan tubuh badan kita sendiri.

Khamis, 4 November 2010

Sukan Takraw diwaktu Petang

Setelah sekian lama mengimpikan akhirnya menjadi kenyataan kepada semua pengemar-pengemar sukan sepak takraw di taman perumahan RUBY.Ianya bermula dari permainan bulatan sebelum bulan ramadhan, daripada 3 orang kini meningkat demi meningkat peminat seni sepak takraw timbul dikalangan penduduk setempat,kini sukan sepak takraw menjadi tarikan kepada penduduk-penduduk taman perumahan RUBY menjelang waktu petang.Walau bagaimana pun terima kasih diucapkan yang terlibat kerana menjayakan usaha penyediaan court yang tidak seberapa ini,dan berjaya menarik minat penduduk keluar dari kepompong.Bukan sahaja dapat bermain malah dapat merapatkan lagi hubungan insan sesama insan yang baru mahupun yang lama tinggal di taman perumahan RUBY.

Khamis, 7 Oktober 2010

Jamuan Perdana Aidilfitri 2010


Walaupun syawal hanya tinggal beberapa hari sahaja akan meninggalkan kita,namun bahang aidilfitri masih lagi dirasai oleh semua umat islam di Malaysia.Rumah-rumah terbuka serta majlis rumah terbuka masih lagi diraikan dan disambut dengan meriahnya.Tidak ketinggalan Jamuan Perdana Aidilfitri yang berlansung di Bandar Saujana Putra pada 3 oktober 2010 yang lalu,majlis tersebut diraikan seluruh penduduk Bandar Saujana Putra dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Sumbangan dan tenaga kerja yang diberikan dalam menjayakan rancangan ini amatlah dihargai oleh semua pihak dan penduduk setempat.Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana kita masih lagi ada perpaduan,tidak mengira bangsa dan agama kita masih lagi dapat sama-sama meraikannya bersama.Jamuan Perdana Aidilfitri pada tahun ini dibawakan oleh PPBSP,PPPSS,PPRPI,KRT zon A dan PPKBSP selaku penganjur,turut menyumbang tenaga PPR dan lain-lain.Tidak lupa juga kepada Sponsor-sponsor yang turut menyumbang dalam usaha merealisasikan rancangan ini,moga dengan adanya jamuan seperti ini dapat memberikan kita pengalaman,pengajaran yang dapat dimanfaatkan bersama.

Selasa, 28 September 2010

Rumah Terbuka Persatuan Penduduk Ruby

Baru-baru ini Persatuan Penduduk Ruby telah mengadakan Jamuan hari raya pada 26hb September 2010 yang lalu.Jamuan hari raya tahun ini adalah kali yang ke 3 dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Ruby seperti mana tahun-tahun yang lalu.Pada tahun ini lorong 8/17 telah dipilih menjadi lokasi utama jamuan hari raya 2010,segala persiapan dan penyediaan jamuan dilakukan secara gotong-royong.Apa yang boleh dikongsikan disini Persatuan Penduduk Ruby cuba membuat kelainan sedikit meletakan decoration dibahagian khemah bagi menampakan suasana hari raya yang hanya tinggal beberapa hari lagi akan meniggalkan bulan syawal.Hari raya aidilfitri adalah tanda kemenangan bagi umat islam yang telah mejalani ibadah berpuasa sebulan,dari itu kemenangan yang kita kecapi perlulah diraikan bersama bagi mengeratkan sesama insan.Itulah yang cuba diterapkan oleh Persatuan Penduduk Ruby kepada penghuni-penghuni taman perumahan ruby.Selain mendapat manfaat didalam Persatuan akan timbulah perpaduan dikalangan penghuni-penghuni taman perumahan ruby, semoga perpaduan yang kita ada dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Rabu, 8 September 2010

Agenda mesyuarat AJK Persatuan bulan September 2010

Mesyuarat AJK Persatuan bulan September 2010 kali ini,membicangkan hal-hal mengenai perletakkan jawatan bendahari En Mohd Zaidi B Sa'ari,atas sebab-sebab peribadi serta perlantikan baru jawatan kuasa bendahari En Nazri b Talib yang akan berkuatkuasa bermula pada bulan Oktober 2010.Selain itu Persatuan membuat penutupan akaun bulan September 2010,untuk diserahkan kepada En Nazri b Talib selaku AJK bendahari baru.Pengiraan kutipan jamuan hari raya 2010 turut dilakukan pada malam itu untuk mengetahui jumlah keseluruhan kutipan yang dibuat sehingga kini.Jumlah keseluruhan itu akan dikumpul hingga sekembalinya penduduk-penduduk taman perumahan ruby pulang dari kampung halaman,sempena manyambut hari raya aidilfitri.Tarikh jamuan hari raya 2010 bagi seluruh penduduk ruby telah pun ditetapkan pada 25hb Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu akan berlansungnya aktiviti memasak secara bergotong-royong bermula pada jam 2ptg,dan jamuan kemuncaknya akan berlansung pada 26hb Oktober 2010 bersamaan hari Ahad bermula pada jam 11pagi.Lorong 8/17 telah dipilih bagi mengetuai agenda yang telah ditetapkan oleh Persatuan untuk memimpin dan membawa rancangan ini sehingga berjaya dilaksanakan.Oleh dengan itu sama-samalah kita memeriahkan lagi suasana jamuan ini seperti mana yang telah berlaku pada tahun-tahun yang lepas,sekian terima kasih.

Khamis, 2 September 2010

Kehadiran YBhg di Tmn perumahan Ruby

Dengan rasa berbesar hati,kehadiran YBhg Dato' Hj Sulaiman Karli ketua UMNO bahagian Kuala Langat turut serta Setiausaha UMNO bahagian Kuala Langat En A.Razak Khasbullah di iringi En Shamsudin Salleh selaku Pengerusi Bandar Saujana Putra dan AJK-AJK surau AL-Hidayah telah mengunjungi kediaman En Syukri mangsa kebakaran rumah di taman perumahan Ruby malam kelmarin.Kunjungan beliau ke teratak mangsa kebakaran adalah melihat kesan kejadian kebakaran yang telah menimpa dan juga keadaan kehidupan keluarga si mangsa.Melihat keadaan mangsa,dengan rasa keikhlasan dari YBhg Dato Hj Sulaiman Karli serta En A.Razak Khasbullah telah memberi sedikit sumbangan kepada mangsa.Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari dugaan dari Allah S.W.T yang menguji kesabaran umatnya dibulan ramadhan yang mulia ini.Jesteru itu dengan adanya sedikit bantuan dari Persatuan Penduduk Ruby dan sumbagan ikhlas dari YBhg Dato' dan Setiausanya dapatlah meringankan sedikit bebanan dan tanggungan sebelum aidilfitri menjelang tiba.Pihak Persatuan Penduduk Ruby dan juga En Syukri (mangsa kebakaran)mengucapkan ribuan terima kepada YBhg Dato' Hj Sulaiman,En A.Razak,En Shamsudin di ikuti iringan-iringan AJK-AJK surau AL-Hidayah kerana sudi mengunjungi ke kediaman mangsa kebakaran En Syukri dari perumahan Ruby lorong 8/15,selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua.