inicjalization...banner generator
Memaparkan catatan dengan label Home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home. Papar semua catatan

Khamis, 7 Oktober 2010

Jamuan Perdana Aidilfitri 2010


Walaupun syawal hanya tinggal beberapa hari sahaja akan meninggalkan kita,namun bahang aidilfitri masih lagi dirasai oleh semua umat islam di Malaysia.Rumah-rumah terbuka serta majlis rumah terbuka masih lagi diraikan dan disambut dengan meriahnya.Tidak ketinggalan Jamuan Perdana Aidilfitri yang berlansung di Bandar Saujana Putra pada 3 oktober 2010 yang lalu,majlis tersebut diraikan seluruh penduduk Bandar Saujana Putra dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Sumbangan dan tenaga kerja yang diberikan dalam menjayakan rancangan ini amatlah dihargai oleh semua pihak dan penduduk setempat.Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana kita masih lagi ada perpaduan,tidak mengira bangsa dan agama kita masih lagi dapat sama-sama meraikannya bersama.Jamuan Perdana Aidilfitri pada tahun ini dibawakan oleh PPBSP,PPPSS,PPRPI,KRT zon A dan PPKBSP selaku penganjur,turut menyumbang tenaga PPR dan lain-lain.Tidak lupa juga kepada Sponsor-sponsor yang turut menyumbang dalam usaha merealisasikan rancangan ini,moga dengan adanya jamuan seperti ini dapat memberikan kita pengalaman,pengajaran yang dapat dimanfaatkan bersama.

Rabu, 8 September 2010

Agenda mesyuarat AJK Persatuan bulan September 2010

Mesyuarat AJK Persatuan bulan September 2010 kali ini,membicangkan hal-hal mengenai perletakkan jawatan bendahari En Mohd Zaidi B Sa'ari,atas sebab-sebab peribadi serta perlantikan baru jawatan kuasa bendahari En Nazri b Talib yang akan berkuatkuasa bermula pada bulan Oktober 2010.Selain itu Persatuan membuat penutupan akaun bulan September 2010,untuk diserahkan kepada En Nazri b Talib selaku AJK bendahari baru.Pengiraan kutipan jamuan hari raya 2010 turut dilakukan pada malam itu untuk mengetahui jumlah keseluruhan kutipan yang dibuat sehingga kini.Jumlah keseluruhan itu akan dikumpul hingga sekembalinya penduduk-penduduk taman perumahan ruby pulang dari kampung halaman,sempena manyambut hari raya aidilfitri.Tarikh jamuan hari raya 2010 bagi seluruh penduduk ruby telah pun ditetapkan pada 25hb Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu akan berlansungnya aktiviti memasak secara bergotong-royong bermula pada jam 2ptg,dan jamuan kemuncaknya akan berlansung pada 26hb Oktober 2010 bersamaan hari Ahad bermula pada jam 11pagi.Lorong 8/17 telah dipilih bagi mengetuai agenda yang telah ditetapkan oleh Persatuan untuk memimpin dan membawa rancangan ini sehingga berjaya dilaksanakan.Oleh dengan itu sama-samalah kita memeriahkan lagi suasana jamuan ini seperti mana yang telah berlaku pada tahun-tahun yang lepas,sekian terima kasih.

Khamis, 2 September 2010

Kehadiran YBhg di Tmn perumahan Ruby

Dengan rasa berbesar hati,kehadiran YBhg Dato' Hj Sulaiman Karli ketua UMNO bahagian Kuala Langat turut serta Setiausaha UMNO bahagian Kuala Langat En A.Razak Khasbullah di iringi En Shamsudin Salleh selaku Pengerusi Bandar Saujana Putra dan AJK-AJK surau AL-Hidayah telah mengunjungi kediaman En Syukri mangsa kebakaran rumah di taman perumahan Ruby malam kelmarin.Kunjungan beliau ke teratak mangsa kebakaran adalah melihat kesan kejadian kebakaran yang telah menimpa dan juga keadaan kehidupan keluarga si mangsa.Melihat keadaan mangsa,dengan rasa keikhlasan dari YBhg Dato Hj Sulaiman Karli serta En A.Razak Khasbullah telah memberi sedikit sumbangan kepada mangsa.Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari dugaan dari Allah S.W.T yang menguji kesabaran umatnya dibulan ramadhan yang mulia ini.Jesteru itu dengan adanya sedikit bantuan dari Persatuan Penduduk Ruby dan sumbagan ikhlas dari YBhg Dato' dan Setiausanya dapatlah meringankan sedikit bebanan dan tanggungan sebelum aidilfitri menjelang tiba.Pihak Persatuan Penduduk Ruby dan juga En Syukri (mangsa kebakaran)mengucapkan ribuan terima kepada YBhg Dato' Hj Sulaiman,En A.Razak,En Shamsudin di ikuti iringan-iringan AJK-AJK surau AL-Hidayah kerana sudi mengunjungi ke kediaman mangsa kebakaran En Syukri dari perumahan Ruby lorong 8/15,selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua.

Isnin, 30 Ogos 2010

Derma Kilat


Setelah kejadian tragedi hitam berlaku pada En Syukri lorong 8/15,pihak persatuan telah melakukan pungutan derma kilat mangsa kebakaran disekitar taman perumahaan ruby malam tadi.Ramai dikalangan taman perumahan ruby turut bersimpati apa yang telah berlaku kepada En Syukri atau sinonim gelaran yang dipanggil (Tok bomoh).Secara keseluruhan ramai dikalangan penduduk ruby memberi sumbagan kepada mangsa untuk melegakan sedikit bebanan yang dialaminya,diharap dengan adanya sedikit sumbagan ini dapatlah membantu beliau untuk keperluan dihari lebaran menjelang tiba.

Ahad, 29 Ogos 2010

Derma Kilat

Setelah dibincang malam tadi Persatuan penduduk ruby akan memgadakan kutipan gerak kilat bermula 30hb Ogos 2010 jam 9 malam bagi membantu Mohd Syukri yang mengalami mangsa kebakaran rumahnya semalam.Oleh itu pihak persatuan memohon ihsan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dialaminya baru-baru ini.Tidak apa pun bentuk sumbangan yang diberi pihak persatuan menerima dengan seadannya sumbangan yang diberikan,kepada yang ingin membantu boleh menghungi Nazri selaku jawatan kuasa pengerusi RUBY 010-2750597 atau Mohd Zaidi selaku jawatan kuasa pen.bendahari 016-6615415.Marilah kita sama-sama membantu kepada yang memerlukan dibulan ramadhan ini,sekian terima kasih

Tragedi kebakaran rumah dibulan Ramadhan

Sedih dan pilu mangsa kebakaran rumah,kejadian yang tidak di ingini telah menimpa dirinya dibulan ramadhan.Tanpa disedari dirinya,api telah memakan ketiga-tiga bahagian bilik rumah,musnah dijilat api kira-kira jam 8 pagi tadi.Kejadian ini disedari oleh anaknya ketika sedang tidur selepas waktu sahur,menurut tuan rumah,sedang dia diberada dibawah membuat persiapan berniaga dibazar ramadhan tiba-tiba anak berteriak api kepada emaknya,lalu meminta pertolongan dari jiran tetangga.Punca kejadian berkemungkinan disebabkan srtika baju,suis elekterik masih beoperasi tanpa disedari pemilik rumah.Sungguh menyedihkan lagi wang tunai sebanyak RM2K hangus terbakar yang disimpan didalam rumah untuk digunakan menjelang aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari lagi.Document-document penting seperti geran dan sebagainya,baju sekolah anak-anak serta pakaian harian turut musnah dibaham api jahanam.

Ahad, 22 Ogos 2010

Perlantikan Naib Pengerusi dan Ketua Block

22hb Ogos-Rumusan selepas meeting AJK Persatuan penduduk RUBY membuat keputusan sebulat suara malam tadi.Perlantikkan Naib Pengerusi telah disandang oleh FAIZAL dari lorong 8/19,manakala ketua block 8/18 disandang oleh Muliady.keputusan ini telah dibuat berdasarkan undian oleh AJK Persatuan penduduk Ruby bagi mengantikan kekosongan 2 kerusi ahli persatuan.Untuk majlis sambutan hari raya AIDILFITRI(RUBY) pula,pemilihan tarikh telah pun dibuat dan bersetuju memilih 25-26hb SEPT 2010 dijadikan majlis sambutan hari raya.Kepada penduduk RUBY yang tidak pulang kekampung berhari raya,diminta memberi nama kepada Persatuan bertujuan bertindak sebagai sekuruti dikawasan perumahan RUBY,orang-orang ini,berkemungkinan persatuan akan memberi sumbagan alaun sepanjang ketiadaan penduduk RUBY pulang berhari raya.

Isnin, 19 Julai 2010

Sambutan akhir piala dunia




12hb July2010 Bandar saujana putra,beginilah suasana kemeriahan dikawasan perumahan ruby yang menyaksikan perlawanan bola sepak akhir piala dunia dihadapan lorong 8/19.Segala penantian yang di ilham menyaksikan perlawanan akhir beramai-ramai telah menjadi suatu realiti dengan kerjasama peminat-peminat bola sepak dikawasan perumahan ruby.Aktiviti lewat malam ini telah dianjurkan oleh lorong 8/19 dengan dibantu lorong 8/18.Keseronokkan yang ada pada lewat malam itu,disajikan lagi dengan membakar ayam (bbq).Suasana sebegini jarang sekali diadakan,namun kesempatan yang ada ini diambil peluang oleh penduduk ruby bagi memeriahkan lagi sambutan akhir piala dunia,perlawanan diantara SEPANYOL vs HOLLAND sama-sama tidak pernah menjuarai piala yang menjadi rebutan seluruh dunia.

Ahad, 21 Mac 2010

Free Download Song

Free download mediafire file Mp3 Heal the world - Micheal Jackson
kepada para penduduk yang di hormati, ini adalah logo baru Persatuan Penduduk Ruby yang terkini akan diguna pakai secara rasminya.Segala urusan yang berkaitan sebelum ini mengunakan logo lama akan berubah wajah mengunakan logo baru berkuat kuasa mulai hari ini.Sekian wasalam

Rabu, 17 Mac 2010

Menang kerusi penghulu yang dipertandingkan


Ucapan dan beberapa ulasan yang diberikan oleh jawatan kuasa baru setelah menang kerusi yang dipertandingkan pada malam isnin 14 March 2010.Ramai muka baru telah menang dalam jawatan kuasa yang dipertandingkan bagi merebut kerusi yang dipertandingkan dan beberapa jawatan kuasa baru diwujudkan dalam badan persatuan penduduk ruby.Wujudnya satu badan atau bahagian pengerak khairat kematian membuka peluang kepada semua ahli ruby terlibat dalam persatuan penduduk dengan rela hati berkhidmat untuk masyarkat dan penduduk.Diharapkan selepas ini ahli exco yang menang kerusi dipertandingkan dapat membuahkan hasil dengan membawa matlamat persatuan penduduk yang sebelumnya,semoga barisan ahli exco baru diketuai oleh Nazri B Sukiman dapat menyambung matlamat itu bersama ahli exco yang baru

Mesyuarat Majlis Tertinggi

Mesyuarat majlis tertinggi bagi ajk persatuan penduduk ruby berlansung pada 12 March 10.Mesyurat ini membincangkan pembubaran semua jawatan kuasa dalam persatuan penduduk ruby dan perlantikan semula semua jawatan kuasa yang dipertandingkan pada 14 march 10 itu nanti.Pembubaran kesemua ahli jawatan kuasa membuka peluang kepada semua warga ruby yang berkebolehan membawa persatuan penduduk ruby lebih kehadapan membetuk persatuan itu nanti.

Jumaat, 19 Februari 2010

Telco & Post

Kepada seluruh penduduk Bandar Saujana Putra serta kawasan zon RUBY,dimaklumkan bahawa satu kemudahan asas bagi kesenagan semua pihak, kedai Telco & post telah bermula operasi untuk memudahkan kepada pengguna membuat bayaran semua jenis bill,urusan JPJ,reniew insurance,urusan post,streamyx dan lain-lain lagi.Semoga dengan adanya kemudahan seperti dapat memudah kepada semua pihak

Selasa, 12 Januari 2010

Jalan raya Utama ke perumahan RUBY yang kotor

Beginilah keadaan disekeliling kawasan perumahan RUBY ketika ini, jalan utama keluar masuk yang teruk akibat kontraktor menjalankan kerja-kerja pembinaan.Lori-lori hantu mengambil jalan mudah membawa pasir dan air melalui jalan utama keluar masuk ke kawasan perumahan Ruby.Sepatutnya lori-lori hantu ini menggunakan jalan yang dikhaskan tetapi apa yang terjadi mereka ini menggunakan jalan utama sebagai jalan mudah untuk kerja-kerja pembinaan tanpa memikirkan undang-undang yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah.Akibat perbuatan ini, penduduk dikawasan perumahan RUBY menghadapi masalah kerosakan kenderaan,kesihatan dan keselamatan,kami wakil Persatuan Penduduk Ruby telah banyak menerima aduan-aduan dari penduduk merasakan tidak selesa dengan apa yang terjadi dan rasa kecewa disebabkan oleh perbuatan kontaktor yang tidak membersihkan jalan raya disekitar perumahan Ruby.Sekiranya perbuatan ini berpanjangan maka banyak pengguna-pengguna jalan raya yang lain turut menghadapi masalah yang sama.Diharap pihak Majlis Daerah Kuala Langat dan pihak DOSH dapat mengambil langkah bagi menyelesaikan masalah yang kami hadapi dan tindakan terhadap mereka-mereka ini yang tidak rasa tanggungjawab hanya mementingkan wang ringgit sahaja,tanpa memikirkan masalah orang lain.

Rabu, 18 November 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha




We all Ruby family association in Bandar Saujana Putra greeting to all peoples in the world "Selamat Hari Raya Aidiladha" from Ruby family association.

Selasa, 6 Oktober 2009

Majlis Solat Hajat dan Tahlil


With this opportunity i would like to host many-many thanks to all members of ruby residents and members of association committee for family ruby menyempurnakan willing to attend the ceremony and thank giving prayers and tahlil dikediaman i wish,as i beg.Alhamdulillah weather today is very good condition and did not stop untill the ceremony penutup.How you got it and thank you once again for the audience.Who came ti help many work completion,do not forget also priests and members of topaz surau took.

Khamis, 1 Oktober 2009

LOGO

This is the logo association of families of ruby,we use to identify symbolic we association.Logo is park idea from once population to design our logo symbol to terhasilnya family association ruby.Before this name we have used the name alliance for the ruby family named after discussed the association and unanimously,we have to changes family association ruby.Logo reasons we use this as a symbol of our association members and officially used on documents,official latters,sticker (Moto Cars) and others.

PENERANGAN

Residents to park in Bandar Saujana Putra Ruby is respected,welcome to those who which to acces.The pages is here as our population ruby committee members will try to show what we do and movement activities family association of ruby diterajui by M.Zaidi garden this as headman,and members of committee others.Wujudnya association are as any place where there are other areas of housing.There is no housing alliance,the park areas,We use this blog apart publish park housing.We also try to provide info added even want to experience the movement and activities conducted by residents in Bandar Saujana Putra Ruby.