Beginilah keadaan disekeliling kawasan perumahan RUBY ketika ini, jalan utama keluar masuk yang teruk akibat kontraktor menjalankan kerja-kerja pembinaan.Lori-lori hantu mengambil jalan mudah membawa pasir dan air melalui jalan utama keluar masuk ke kawasan perumahan Ruby.Sepatutnya lori-lori hantu ini menggunakan jalan yang dikhaskan tetapi apa yang terjadi mereka ini menggunakan jalan utama sebagai jalan mudah untuk kerja-kerja pembinaan tanpa memikirkan undang-undang yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah.Akibat perbuatan ini, penduduk dikawasan perumahan RUBY menghadapi masalah kerosakan kenderaan,kesihatan dan keselamatan,kami wakil Persatuan Penduduk Ruby telah banyak menerima aduan-aduan dari penduduk merasakan tidak selesa dengan apa yang terjadi dan rasa kecewa disebabkan oleh perbuatan kontaktor yang tidak membersihkan jalan raya disekitar perumahan Ruby.Sekiranya perbuatan ini berpanjangan maka banyak pengguna-pengguna jalan raya yang lain turut menghadapi masalah yang sama.Diharap pihak Majlis Daerah Kuala Langat dan pihak DOSH dapat mengambil langkah bagi menyelesaikan masalah yang kami hadapi dan tindakan terhadap mereka-mereka ini yang tidak rasa tanggungjawab hanya mementingkan wang ringgit sahaja,tanpa memikirkan masalah orang lain.
Selasa, 12 Januari 2010
Jalan raya Utama ke perumahan RUBY yang kotor