inicjalization...banner generator

Isnin, 19 Julai 2010



18hb July 2010-Kerjasama gotong-royong telah diwujud oleh penduduk perumahan ruby,dengan bertujuan membasmi pembiakan nyamuk aedes.Kesemua yang hadir pada hari program yang dilancarkan amatlah mengalakan, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program gotong-royong kali ke-2,kerana bertungkus-lumus memberi kerjasama sepanjang program ini dijalankan.Program gotong-royong kali ini telah membuktikan kekuatan persatuan dalam menjayakan program-program yang anjurkan.Program ini juga telah bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada sebelah tengah hari,target program kali ini melakukan pembersihan longkang-longkang utama disekitar kawasan perumahan ruby.Terdapat banyak kawasan longkang utama yang tersumbat akibat pembinaan lot-lot rumah dilakukan oleh pemaju meletakan pasir dipinggir jalan raya dan dipinggir longkang hingga boleh menyebabkan keadaan menjadi buruk apabila hujan membasahi bumi,begitu juga dengan penduduk ruby janganlah ada dikalangan kita membuang sebarang objek kedalam longkang tanpa menyedari bahawa tindakan kita itu boleh mendatangkan keburukan pada kita semua,dari itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan disekitar kawasan perumahan kita.